PEKASIH ditubuhkan atas dasar ingin membantu seramai mungkin golongan asnaf, ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta anak-anak yatim.
Memahami dan menginsafi bahawa "dalam rezeki kita ada rezeki orang lain" maka PEKASIH berhasrat menyuburkan kasih sayang rasa prihatin masyarakat terhadap mereka yang kurang bernasib baik yang perlu dibantu dengan sebaik mungkin tanpa mengira bangsa dan agama.
PEKASIH juga berhasrat akan mengeluarkan beberapa produk makanan serta keperluan harian berjenama PEKASIH berkonsepkan "MEMBELI SAMBIL BERAMAL" bagi mencari DANA bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Sehubungan dengan itu, PEKASIH amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang DANA PEKASIH, boleh menghubungi talian PEKASIH 016 469 5343
Semoga Allah memberkati usaha sekecil ini...Amiin
MESRA - KASIH - PRIHATIN
No comments:
Post a Comment