Seorang wanita bangsa Tionghua beri kepercayaan kepada PEKASIH untuk agih 35 bakul makanan

PEKASIH amat terharu dengan seorang wanita berbangsa Tionghua yang tidak mahu namanya disebut malah tidak mahu gambarnya juga diambil telah beri kepercayaan kepada PEKASIH untuk mengagihkan 35 bakul makanan kepada golongan pemandu teksi dan kereta sewa yang terjejas teruk.

Beliau menetap di Setia Alam Selangor , beliau telah membeli beras, kopi, biskut, minyak dan meggie serta gula sebanyak 35 set untuk PEKASIH agihkan kepada golongan pemandu teksi dan kereta sewa yg terjejas teruk di Johor.
 
Ribuan terima kasih PEKASIH ucapkan pada beliau, inilah contoh rakyat Malaysia yang perlu dicontohi,

MESRA - KASIH - PRIHATIN
PEKASIH 
















PEKASIH PAHANG sumbang 10 bakul makanan sekitar PEKAN Pahang

ASSALAMUALAIKUM
SALAM PEKASIH
7 JULAI 2021
 
PEKASIH PAHANG menerima banyak permohonan bantuan BAKUL MAKANAN dari keluarga yang amat terkesan dengan perlaksanaan PKP-3.0
 
Hari ini, JawatanKuasa Sdr Muhammad Shadiudin bin Samsudin, Sdr Syed Muhammad Azarudin bin Syed Mohd Ariff serta bersama2 RAKAN PEKASIH PAHANG, melawat 10 keluarga di sekitar perumahan pekan.
 
Sumbangan BAKUL MAKANAN yang disediakan oleh HAMBA ALLAH telah disampaikan, semoga ianya dapat meringankan sedikit bebanan untuk meneruskan kehidupan.
 
PEKASIH PAHANG
 









 

PEKASIH JOHOR sampaikan Bakul Makanan kepada 3 keluarga sekitar Johor Bahru

SALAM PEKASIH
KHAMIS, 1 JULAI 2021
 
PEKASIH JOHOR telah menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada 3 keluarga sekitar Johor Bahru yang sangat terkesan dengan perlaksanaan PKP-3.
 
Sdr Hirman, Timb Pengerusi PEKASIH JOHOR bersama2 Sdr Mohd Shah, Sdr Firduas dan Sdr Abd Razak bersama2 memlawat dan menyampaikan sumbangan bakul makanan tersebut.
 
Terima kasih kepada Restoran Nasi Kandar Al Safa yang menyediakan bakul makanan tersebut.
Bersama membantu masyarakat yang terkesan, hubungi Sdr Jaafar, 0197282416 dan Sdr Hirman, 01127527580 jika ingin menyumbang wang tunai mahupon barang-barang.
 
PEKASIH JOHOR
 



 

Restoran Nasi Kandar Al-Safa beri kepercayaan kepada PEKASIH JOHOR, sumbang 30 bakul makanan asnaf

Salam PEKASIH
Khamis, 1 Julai 2021
 
Alhamdulilah, PEKASIH JOHOR berterusan mendapat perhatian bagi menjalankan kerja2 amal.
Hari ini, RESTORAN NASI KANDAR AL-SAFA, KOTA MASAI berbesar hati menyumbang 30 BAKUL MAKANAN kepada PEKASIH JOHOR untuk disumbangkan kepada masyarakat yang amat memerlukan.
 
Pengurus Restoran Nasi Kandar Al-Safa, Tuan Mohamed Syed Kadir bin Sulthan Syed Ibrahim sendiri menyampaikan sumbangan BAKUL MAKANAN kepada TIMBALAN PEKASIH JOHOR, Sdr Hirman, turut bersama-sama Sdr Mohd Shah, JK PEKASIH JOHOR, Sdr Firdaus dan Sdr Abd Razak , rakan PEKASIH JOHOR.
 
Kepada RAKAN-RAKAN yang ingin bersama-sama menyumbang bagi aktiviti PEKASIH JOHOR, boleh hubungi Sdr Jaafar, 0197282416 dan Sdr Hirman, 01127527580. 
 
Terima kasih
 
PEKASIH JOHOR
 







 

PEKASIH KELANTAN memberi bantuan 7 keluarga terjejas akibat PKP 3.0

Alhamdulillah, buat julung kalinya PEKASIH KELANTAN telah memberi sedikit bantuan buat keluarga yang terjejas pendapatan kesan dari LOCKDOWN ini di kawasan TUMPAT, KELANTAN.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka 7 keluarga.

MESRA - KASIH - PRIHATIN
PEKASIH KELANTAN
 



 

 


PEKASIH MALAYSIA dan PEKASIH JOHOR sumbang Jus Asam Jawa kepada Front Liner.

Memahami betapa panasnya Front Liner yang mengawal sekatan jalan setiap masa tanpa mengira waktu, maka PEKASIH MALAYSIA bersama PEKASIH JOHOR menyampaikan sumbangan kepada PASUKAN BARISAN HADAPAN (FRONT LINER) di Johor.
 
PEKASIH JUS ASAM JAWA DAN JUS LIMAU NIPIS dihulurkan sebagai tanda terima kasih.
 
Terima kasih PENGURUS KILANG PEKASIH yang sudi menaja jus tersebut.
 
Terima kasih kepada semua ahli PEKASIH JOHOR yang turut terlibat bersama-sama dalam program hari ini.
 
Mesra-Kasih-Prihatin
PEKASIH MALAYSIA
NEGERI JOHOR


 

PEKASIH PERLIS ziarah kasih nenek lumpuh

 28 Jun 2021

Bantu apa yang termampu
 
Alhamdulillah hari ini PEKASIH PERLIS membuat lawatan susulan ke rumah nenek tua yang menghidap penyakit lumpuh untuk menyerahkan pampers orang dewasa & memberi sedikit barangan basah kepada 1 keluarga yang hilang mata pencarian berikutan pandemik covid19.
 
Semoga dengan sedikit bantuan dari kami dapat meringankan sedikit beban mereka.. MESRA KASIH PRIHATIN.
 


 

PEKASIH MALAYSIA bersama PEKASIH JOHOR ziarah kasih pesakit stroke

 

Selasa, 22 Jun 2021
Salam PEKASIH
 
Alhamdulilah, PEKASIH JOHOR bersama-sama PENGERUSI DAN SETIAUSAHA AGONG PEKASIH MALAYSIA melawat dan memberi sumbangan kepada yang memerlukan.
 
Kami telah menziarahi En Abdul Hamid bin Haron, tinggal di Taman Intan Kluang mengalami penyakit stroke sebelah kanan.
 
Sumbangan Pampers, Susu Tepung dihulurkan, terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd, yang bermurah hati menaja barangan tersebut.
 
Juga sedikit sumbangan wang tunai dari PENGERUSI PEKASIH MALAYSIA.
 
MESRA-KASIH-PRIHATIN
PEKASIH JOHOR 
 



PEKASIH PERLIS meneruskan kerja-keja amal bantu mereka yang terkesan PKP 3.0

20 Jun 2021

PEKASIH PERLIS meneruskan kerja-kerja amal membantu mereka yang terkesan akibat PKP 3.0

Tersentuh hati melihat mereka bersyukur biarpun menerima sedikit sumbangan dari kami.

Tidak boleh kita nafikan dimusim pandemik covid19 ini ramai yang terjejas pendapatan terutama golongan asnaf. 

PEKASIH NEGERI PERLIS mendoakan agar Malaysia segera bebas dari covid19

MESRA KASIH PRIHATIN
PEKASIH PERLIS 











PEKASIH PERLIS sumbang pamper dan barang keperluan harian kepada pesakit stroke

16/6/2021 - Rabu

PEKASIH PERLIS membuat lawatan susulan kepada keluarga yang kami lawati minggu lepas untuk memberi bantuan pampers dewasa pakai buang dan sedikit barangan dapur kepada anaknya yang mengidap stroke.

Terasa berat sangat ujian yg menimpa mereka, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Semoga bantuan susulan ini dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga

MESRA KASIH PRIHATIN
PEKASIH PERLIS
 


 

Jabatan Kebajikan Masyarakat beri kepercayaan kepada PEKASIH JOHOR untuk santuni mangsa PKP 3.0

SALAM PEKASIH

AHAD, 20 JUN 2021
 
PEKASIH JOHOR menerima banyak permintaan bantuan barangan makanan dari kalangan keluarga yang terkesan dengan perlaksanaan PKP-3.
 
AJK PEKASIH JOHOR bergerak dengan 3 kumpulan dalam menyampaikan sumbangan tersebut, dari Kg Bentong, Taman-taman , Kg Gajah dan berakhir di Simpang Renggam yang mana semuanya dalam Daerah Kluang.
 
Jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang percaya dan yakin kepada PEKASIH JOHOR dengan menyediakan barangan sumbangan tersebut.
 
Kepada yang ingin bersama-sama membantu dari segi wang tunai ataupon barangan, boleh hubungi PEKASIH JOHOR di talian 0197282416
 
Terima kasih kepada seluruh AJK dan Ahli-ahli PEKASIH JOHOR yang membantu dalam pengagihan sumbangan ini, sesungguhnya ANDA semua memang terbaik.
 
Mesra-Kasih-Prihatin
 
Jaafar Bin Matek
Pengerusi
PEKASIH JOHOR