25 Mei 2021 - Covid-19 semakin tidak dapat dikawal biarpun berbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan. Setiap hari kes jangkitan Covid-19 merebak dengan begitu pantas.
Bagi mengekang penularan wabak yang melanda negara dan dunia ini, kita memerlukan kerjasama semua pihak bagi menghentikan penularan wabak ini yang semakin hari semakin mengganas. Kita semua adalah "front liner" untuk hentikan penularan wabak ini.
Keresahan pelbagai pihak terutamanya mereka yang terjejas teruk sumber pendapatan seperti sektor pelancongan, peniaga kecil, petani amat membimbangkan.
Sebagai usaha untuk mengekang jangkitan wabak ini , Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (PEKASIH) telah menyumbang 1000 face mask serta 300 face sheild kepada Tuan Ahmad Azrizal Tahir - Ahli Majlis MBPP untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.
Turut menyaksikan usaha kecil PEKASIH adalah YB Haji Tuah Ismail Adun Pulau Betong dan Dato' Abdul Malik Kassim mantan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengerusi PEKASIH PULAU PINANG saudari Zaheera Binti Mohd Hassan yang tidak dapat turut serta menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar segera mendaftar untuk menerima vaksin dan mematuhi segala SOP supaya wabak covid-19 ini berjaya dihapuskan segera disamping terus bermunajat kepada yang Maha Esa.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif PEKASIH MALAYSIA yang prihatin dan berdoa agar wabak ini segera berakhir.
MESRA - KASIH - PRIHATIN