SUMBANGAN PRIHATIN PEKASIH JOHOR KEPADA 40 KELUARGA DI FELDA KAHANG TIMUR YANG TERKESAN DENGAN PERINTAH PKPD.

Selasa, 18 Mei 2021

Atas prihatin kepada keluarga yang terkesan dengan perlaksanaan PKPD di Felda Kahang Timur, PEKASIH JOHOR berusaha mendapatkan sumbangan bagi disalurkan kepada keluarga tersebut.

Jutaan terima kasih kepada Pasaraya Songmart dan  IEJA Marketing yang sudi menaja barangan sumbangan yang berbentuk makanan harian.

Sdr Jaafar, Sdr Imtiazalam dan Sdr Shahrul Anuar hari ini, menyampaikan sumbangan tersebut kepada Sdr Sakri, mewakili keluarga yang akan menerima sumbangan.

Sumbangan disampaikan dipintu masuk Felda Kahang Timur ( Sekatan Polis) kerana tidak dibenarkan sesiapa memasuki kawasan Felda Kahang Timur yang dalam perlaksanaan PKPD.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program penyerahan sumbangan tersebut.

Mesra-Kasih-Prihatin

PEKASIH Johor








No comments:

Post a Comment