Tarikh:4/5/2021
Masa:4.00petang
Memahami betapa pentingnya tugas frontliner bertungkus lumus menangani wabak Covid-19 yg belum berakhir, maka PEKASIH Negeri Sembilan menyantuni mereka dengan penuh mesra, kasih serta prihatin.
Lokasi Edaran - Balai polis Port Dickson, Balai Bomba Port Dickson, Hospital Port Dickson, Balai Polis Teluk Kemang, Balai Bomba Teluk Kemang.
Alhamdulillah hari ini NGO PEKASIH Negeri Sembilan mengedarkan 280 pek bubur lambuk di sekitar bandar Port Dickson
Seramai 7 orang ahli PEKASIH Negeri Sembilan yg telah mengambil bahagian untuk mengalas tanggungjawab ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi PEKASIH Negeri Sembilan Encik Khairudin Hashim, Timbalan Pengerusi PEKASIH N9 Encik Shafiq Kamaruddin serta ahli-ahli Jawatankuasa PEKASIH yg lain, Puan Mastura, Encik Husainul, Encik Mahathir, Kamal Izudin, dan Puan Suhana yg sanggup turun padang bagi menjayakan program ini.
Jutaan terima kasih juga kepada semua agensi kerajaan yang sudi menerima sumbangan PEKASIH Negeri Sembilan.
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan dapat bertemu Lailatulqadar
MESRA - KASIH - PRIHATIN
No comments:
Post a Comment