PEKASIH JOHOR bersama JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT santuni 50 golongan yang terjejas PKP 3.0

Ahad, 6 Jun 2021

Salam KASIH
 
PEKASIH JOHOR BERKOLABORASI DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
Alhamdulilah, PEKASIH JOHOR diberi kepercayaan oleh JKM bagi menguruskan sumbangan bakul makanan kepada penerima di Taman Muhibah Kluang.
 
Sebanyak 50 keluarga telah menerima sumbangan, senarai nama penerima dan kotak makanan disediakan oleh JKM.
 
PEKASIH JOHOR mengucapkan terima kasih kepada JKM atas kepercayaan yang diberikan.
InSyaa Allah, PEKASIH JOHOR akan terus bekerjasama dengan JKM bagi membantu kepada masyarakat yang memerlukan.
 
Terima kasih kepada semua AJK PEKASIH JOHOR yang terlibat,
Sdr Jaafar, Sdr Hirman, Sdr Imtiazalam, Sdri Teh Ben Siang, Sdri Jyanti, Sdr Shahrul Anuar, Sdr Kamarudin, Sdr Fadzil dan Sdr Zakaria yang ikhlas membantu sehingga selesai.
 
Teruskan usaha murni ini.
 
Mesra-Kasih-Prihatin
PEKASIH JOHOR
 















































 

 

No comments:

Post a Comment