Jumaat, 11 Jun 2021
Beberapa hari yang lalu, PEKASIH JOHOR menerima permohonan sumbangan untuk satu keluarga yang mana anaknya, berusia 2 minggu mengalami penyakit tiada paru-paru dan tiada lubang dubur.
Alhamdulilah, hari ini, PEKASIH JOHOR meluangkan masa menziarahi keluarga tersebut di Felda Kahang Barat, Kluang.
En Saifullah berkerja sebagai tukang kebun sekolah tinggal bersama bapanya di Felda Kahang Barat.
En Saifullah mempunyai seorang anak perempuan dan kira2 2 minggu yang lepas, beliau dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki.
Anaknya yang diberi nama Muhammad Azhar bin Saifullah dilahirkan dengan tidak memiliki paru2 dan lubang dubur, buat masa ini, anaknya dalam pemantauan di Hospital Besar Kluang.
Sumbangan pampers dan wang tunai dihulurkan bagi meringankan sedikit beban En Saifullah, semoga beliau sekeluarga sentiasa tabah dengan ujian dari Allah ini.
Doa dari Kami, PEKASIH JOHOR agar Allah SWT sentiasa memelihara kesihatan En Saifullah sekeluarga dan permudahkan segala urusannya.
Terima kasih kepada semua JK dan Ahli PEKASIH JOHOR yang sama2 menyumbang wang tunai dan juga Pihak SV PROHEALTH FARMASI yang turut menyumbang wang tunai (RM100.00)
Hadir dalam ziarah hari ini, Sdr Jaafar dan Sdr Hirman, turut bersama2 Sdr Jalil, pemimpin masyarakat setempat.
Mesra-Kasih-Prihatin
No comments:
Post a Comment