5/6/2021(Sabtu) PEKASIH PERLIS telah menyampaikan sumbangan jejak asnaf kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan.
Di antara asnaf yang diziarahi dan diberi sedikit sumbangan bantuan oleh PEKASIH Perlis terdiri daripada ibu tunggal sebatang kara kerana kematian suami serta anaknya.
Ibu tunggal sebatang kara tersebut tidak boleh berjalan. Beliau hanya mengesot sahaja sementara keperluan makan minum dan sebagainya hanya mengharapkan ihsan jirannya yang tinggal bersebelahan rumahnya.
Juga diziarahi oleh PEKASIH Perlis adalah ibu tunggal yang lumpuh akibat strok dan tinggal bersama ibunya yang sudah uzur, juga merupakan ibu tunggal.
Manakala anaknya juga merupakan ibu tunggal tinggal bersama ibu dan nenek di dalam satu rumah (ada 3 generasi ibu tunggal dalam rumah tersebut).
PEKASIH Perlis juga membuat kunjungan kepada keluarga asnaf yang hilang penglihatan akibat daripada penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Keluarga asnaf yang terpaksa membuat dialisis akibat penyakit yang dialaminya serta menjaga ibunya yang lumpuh juga dikunjungi oleh PEKASIH Perlis dan diberi sedikit sumbangan bantuan kepada keluarga asnaf tersebut.
Semoga dengan sedikit sumbangan dari PEKASIH PERLIS ini dapat meringankan beban mereka.
No comments:
Post a Comment