PEKASIH PERLIS santuni ASNAF menginap penyakit kronik

 

SALAM PEKASIH
Ahad 4/7/2021 
 
PEKASIH Perlis telah berkesempatan menziarahi dan memberi sumbangan kepada dua penduduk di dalam kawasan Santan di mana seorang penduduk yang diziarahi tersebut merupakan seorang pesakit radang tulang, saraf sendi yang menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak kemana-mana serta tidak boleh berdiri lama.

Manakala suaminya pula sakit kanser usus tahap 3 dan setelah pergi ke hospital, doktor mengatakan bahawa pihak hospital tidak boleh menjalankan pembedahan kerana kanser tersebut telah merebak ke hatinya.
 
Kedua-duanya tidak mampu lagi bekerja dan mempunyai seorang anak perempuan serta hanya mengharapkan anak perempuannya sahaja untuk keluar membuat pekerjaan bagi menampung keperluan seharian keluarganya.
 
Anak perempuan tersebut masih bersekolah di tingkatan 4.
Belajar di sebelah pagi dan di sebelah petangnya keluar bekerja.
 
Manakala sebuah keluarga lagi merupakan pesakit strok dan suaminya juga sakit saraf serta tidak mampu melakukan kerja yang berat. Juga mengharapkan anak perempuannya yang telah berkahwin untuk mengambil alih tugasan ibubapanya dalam semua urusan. 
 
Atas keperihatinan PEKASIH Perlis telah mengunjungi kedua-dua keluarga tersebut dan menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada mereka.
 
MESRA-KASIH-PRIHATIN
PEKASIH PERLIS 




No comments:

Post a Comment