PEKASIH terus santuni ibu tunggal.

PEKASIH JOHOR

AHAD, 18 JULAI 2021

Musim Pandemik Covid-19 ini ramai yang terkesan, hilang perkerjaan dan pendapatan tidak menentu, perlu membayar bil2, sewa rumah dan sebagainya.
 
Hari ini, Sdr Jaafar bersama Sdr Shahrul Anuar, AJK PEKASIH JOHOR melawat dan menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada seorang IBU TUNGGAL yang tinggal di Yap Tau Sah, Kluang.
Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin yang sudi menaja barangan sumbangan tersebut.
 
PEKASIH JOHOR
 

 

PEKASIH JOHOR berkunjung ke Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah

 


SALAM PEKASIH
AHAD, 18 JULAI 2021
 
Alhamdulilah, menjelang Hari Raya Aidil Adha pada Selasa, 20 Julai, PEKASIH JOHOR dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah yang terletak di Simpang Renggam, Kluang.
 
Dimaklumkan seramai 15 Orang Warga Emas, Lelaki 9 dan Perempuan 6 Orang yang diuruskan oleh 6 Kakitangan Pusat tersebut.
 
Rombongan PEKASIH JOHOR disambut MESRA oleh En Saiful, Penyelia Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah Simpang Renggam dan memberi sedikit taklimat tentang keadaan dan pengurusan Pusat tersebut.
 
Hadir dalam kunjungan tersebut, Sdr Jaafar dan Sdr Anuar dari Kluang, Sdr Hirman dan Sdr Mohd Shah dari Johor Bahru dan terima kasih kepada Puan Ziana, Sdr Mohd Yusof dan Sdr Faizul dari Simpang Renggam yang menguruskan kunjungan PRIHATIN ini.
 
Sumbangan Nasi Ayam , Jus Asam Jawa Pekasih, Sabun Basuh Baju dan Sabun Cuci Pinggan dihulurkan dalam kunjungan hari ini, semoga ianya dapat memberi sedikit keceriaan kepada penghuni Pusat tersebut.
 
PEKASIH JOHOR
 

 


PEKASIH PAHANG tampal jalan berlubang

PEKASIH PAHANG yang diketuai oleh sdr Razali A.Bakar bersama beberapa AJK PEKASIH PAHANG telah mengambil inisiatif dengan menampal jalan yang berlubang di Jalan Tok Tuan, Kampung Mengkasar dan Jalan Tokong Cina di Pekan, Pahang.

"Jalan berlubang ini sangat merbahaya kepada penunggang motosikal, kami tak mahu kejadian yang tidak diingini mungkin akan berlaku, maka kami menampal jalan yang berlubang, semoga usaha kecil ini mampu menyelamatkan nyawa" ujar Razali selaku Pengerusi PEKASIH PAHANG.

Kami akan teruskan kerja-kerja ini di masa akan datang.

MESRA - KASIH - PRIHATIN
PEKASIH PAHANG












PEKASIH PERLIS prihatin pesakit kronik

 

 
7/7/2021 
 
PEKASIH Perlis telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan dua keluarga di mana seorang daripada keluarga yang diziarahi mempunyai anak yang masih kecil yang menderita kanser limfoma.

Anak kecil tersebut setiap hari akan pergi ke HTF Kangar untuk menerima rawatan dan setiap dua minggu sekali terpaksa pergi ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan susulan.
 
Seorang lagi penduduk pula mengalami strok hampir 4 tahun yang lepas dan hanya mampu terbaring serta hanya memakai lampin pakai buang sahaja.
 
Di belakang badan pesakit strok tersebut telah mengalami luka serta berkudis akibat daripada terlalu lama terbaring dan keluarga tersebut perlu membeli ubat untuk merawat luka tersebut. 
 
Kos yang perlu disediakan untuk membeli ubat tersebut agak mahal yang menjangkau RM100 dan hanya bertahan selama 2 atau 3 hari sahaja bekalan ubat tersebut.
 
Pihak PEKASIH Perlis akan cuba membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua keluarga tersebut.
 
MESRA KASIH PRIHATIN
PEKASIH PERLIS 





PEKASIH JOHOR sampaikan bantuan susu tepong dan pampers kpd V.Velparajan.

 


SALAM PEKASIH
Khamis, 15 Julai 2021
 
Menerima permohonan bantuan dari seorang warga emas yang memerlukan Susu tepung dan Pampers Dewasa.
 
En V.Velparajan A/L G. Vathalingam 57 Tahun , tinggal di Taman Kluang Jaya, Kluang, beliau menghidap penyakit kencing manis tinggal berdua bersama isterinya yang juga menghidap penyakit kencing manis, beliau penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan.
 
Hari ini, Puan Jyanti, AJK PEKASIH JOHOR pergi melawat En V. Velparajan, bertanya khabar dan mendengar masalah yang beliau hadapi, PEKASIH JOHOR akan cuba membantu mana yang mampu.
 
Sumbangan SUSU TEPUNG DAN PAMPERS DEWASA dihulurkan bagi mengurangkan sedikit bebannya . 
 
Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang sentiasa menyokong usaha PEKASIH JOHOR dalam membantu golongan yang memerlukan.
 
PEKASIH JOHOR

Puan Ziana dan Sdr Faizul terus menyantuni pemandu teksi dan asnaf

 


SALAM PEKASIH
Rabu, 14 Julai 2021
 
PEKASIH JOHOR banyak menerima permohonan bantuan barangan makanan, ramai yang terkesan dengan perlaksanaan PKP-3, antaranya Pemandu Teksi, mereka antara yang amat terkesan.
 
Hari ini, 6 Keluarga dari kalangan Pemandu Teksi di Simpang Renggam menerima sumbangan barangan makanan yang disediakan YB Chew Chong Sin.
 
Terima kasih kepada AJK PEKASIH JOHOR, Sdr Faizul bersama Puan Ziana yang menguruskan sumbangan tersebut
 
PEKASIH JOHOR
 

 




PEKASIH terus prihatin dengan asnaf

 


SALAM PEKASIH

RABU, 14 JULAI 2021

PEKASIH JOHOR menerima permohonan bantuan barangan makanan dari 1 keluarga di Johor Bahru melalui FB PEKASIH JOHOR.
 
Atas rasa PRIHATIN, PEKASIH JOHOR menunaikan permohonan keluarga tersebut, lewat petang semalam (Selasa), AJK PEKASIH JOHOR meluangkan masa mengunjungi keluarga tersebut dan menghulurkan bantuan barangan makanan.
 
Terima kasih kepada Sdr Hirman dan rakan PEKASIH JOHOR yang meluangkan masa menyampaikan sumbangan tersebut.
 
Kepada yang ingin bersama2 membantu mereka yang memerlukan bantuan, boleh hubungi PEKASIH JOHOR, kami menerima sumbangan sama ada wang tunai mahupon barang2.
 
PEKASIH JOHOR

Pemandu Teksi terus mendapat perhatian PEKASIH

 


SALAM PEKASIH
ISNIN, 12 JULAI 2021
 
PEKASIH JOHOR terus mengorak langkah menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 1 keluarga Pemandu Teksi di Kluang yang memohon sumbangan melalui Google Form PEKASIH JOHOR
 
Pemandu Teksi antara yang amat terkesan dengan Perlaksanaan PKP-3, hilang mata pencarian disebabkan orang ramai tidak mendapatkan perkhidmatan teksi.
 
Sdr Jaafar bersama Sdr Shahrul Anuar JK PEKASIH JOHOR meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga terbabit, sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan sedikit beban keluarga terbabit.
 
Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin yang bergitu prihatin dengan menyumbang barangan makanan tersebut.
 
PEKASIH JOHOR

Jus Asam Jawa PEKASIH kini berada di sekitar Labis dan Segamat

 


Alhamdulillah ..JUS ASAM JAWA PEKASIH kini berada di sekitar Labis dan Segamat, Johor

JUS ASAM JAWA PEKASIH adalah minuman terbaik dan berkhasiat. Ia meningkatkan metabolisma dalam badan serta menyejukkan badan.

Tahniah sdr Hirman yg telah merintis dan mengembangkan lagi sayap JUS ASAM JAWA PEKASIH.







Pemandu Teksi menerima sumbangan PEKASIH

 



SALAM PEKASIH
AHAD, 11 JULAI 2021
 
Menyampaikan sumbangan kepada 2 keluarga di Taman Sri Lambak, T6.
 
Pemohon merupakan seorang Pemandu Teksi yang amat terkesan dengan perlaksanaan PKP-3, memohon sumbangan melalui google form yang disediakan PEKASIH JOHOR.
 
Terima kasih kepada YB Chew yang menaja sumbangan tersebut.
 
PEKASIH JOHOR

Puan Zana bersama PEKASIH JOHOR

 


SALAM PEKASIH
Ahad, 11 Julai 2021
 
Menyampaikan sumbangan kepada Puan Ziana, AJK PEKASIH JOHOR di Simpang Rengam untuk diagihkan kepada yang memohon melalui Google Form PEKASIH JOHOR.
 
Terima kasih kepada YB Chew yang menaja sumbangan tersebut.
 
PEKASIH JOHOR

PEKASIH berkongsi rezeki

 
Salam PEKASIH
Rabu, 7 Julai 2021
 
Alhamdulilah…
Ramai yang menyokong JUS ASAM JAWA PEKASIH
 
Hari ini, rakan2 PEKASIH di Felda Taib Anak dan Felda Inas berkongsi rezeki..
 
Insyaa Allah JUS ASAM JAWA PEKASIH akan berada di kedai2 seluruh Johor
Terima kasih kepada yang telah menyokong JUS ASAM JAWA PEKASIH.
ANDA BILA LAGI
 
PEKASIH JOHOR
 

 


4 keluarga di Sg Tiram disantuni PEKASIH JOHOR

ASSALAMUALAIKUM

SALAM PEKASIH
SELASA, 6 JULAI 2021
 
Alhamdulillah, PEKASIH JOHOR hari ini dapat menyantuni 4 keluarga di Sg Tiram, Johor
 
Sumbangan BAKUL MAKANAN pemberian Restoran Nasi Kandar Al Safa telah disampaikan oleh Sdr Hirman, JK PEKASIH JOHOR bersama2 Rakan PEKASIH JOHOR kepada keluarga yang memerlukan.
 
PEKASIH JOHOR
 

 



PEKASIH JOHOR membantu asnaf di AYER HITAM

 



ASSALAMUALAIKUM
SALAM PEKASIH
SELASA, 6 JULAI 2021
 
Alhamdulilah, PEKASIH JOHOR terus aktif menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan ketika PKP-3
 
Bertempat di Ayer Hitam Johor, Sdr Fadzil bersama Sdr Che Omar, JK PEKASIH JOHOR melawat 2 keluarga yang terkesan dengan PKP-3
 
Sumbangan Bakul Makanan yang disediakan Restoran Nasi Kandar Al Safa dihulurkan bagi meringankan sedikit beban keluarga terbabit.
 
PEKASIH JOHOR

PEKASIH JOHOR santuni ibu tunggal di Taman Mengkibol, Kluang Johor

 


ASSALAMUALAIKUM
SALAM PEKASIH
ISNIN, 5 JULAI 2021
 
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menyantuni seorang IBU TUNGGAL, 3 anak yang tinggal di Taman Mengkibol, Kluang
 
Beliau berkerja di kilang papan, PKP-3 kilang tidak dibuka, hanya mendapat setengah bulan gaji sahaja, perlu membayar rumah sewa dan keperluan 3 orang anaknya.
 
PEKASIH JOHOR amat prihatin akan masalahnya, hari ini Sdr Jaafar bersama Sdr Shahrul Anuar menyampaikan sumbangan BAKUL MAKANAN bagi meringankan sedikit bebannya.
 
Terima kasih kepada RESTORAN NASI KANDAR AL SAFA yang prihatin menaja sumbangan BAKUL MAKANAN tersebut.
 
PEKASIH JOHOR

PEKASIH JOHOR terus menyantuni golongan asnaf di Johor Bahru

 


ASSALAMUALAIKUM
SALAM PEKASIH
ISNIN, 5 JULAI 2021
 
PEKASIH JOHOR menerima banyak permohonan bantuan BAKUL MAKANAN dari keluarga yang amat terkesan dengan perlaksanaan PKP-3.
 
Hari ini, JK PEKASIH JOHOR, Sdr Hirman, Sdr Zakaria, Sdr Mohd Shah bersama2 RAKAN PEKASIH JOHOR, melawat 5 keluarga di sekitar Johor Bahru, Johor.
 
Sumbangan BAKUL MAKANAN yang disediakan oleh Restoran Nasi Kandar Al Safa telah disampaikan, semoga ianya dapat meringankan sedikit bebanan untuk meneruskan kehidupan.
 
PEKASIH JOHOR