7/7/2021
PEKASIH Perlis telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan dua keluarga di mana seorang daripada keluarga yang diziarahi mempunyai anak yang masih kecil yang menderita kanser limfoma.
Anak kecil tersebut setiap hari akan pergi ke HTF Kangar untuk menerima rawatan dan setiap dua minggu sekali terpaksa pergi ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan susulan.
Seorang lagi penduduk pula mengalami strok hampir 4 tahun yang lepas dan hanya mampu terbaring serta hanya memakai lampin pakai buang sahaja.
Di belakang badan pesakit strok tersebut telah mengalami luka serta berkudis akibat daripada terlalu lama terbaring dan keluarga tersebut perlu membeli ubat untuk merawat luka tersebut.
Kos yang perlu disediakan untuk membeli ubat tersebut agak mahal yang menjangkau RM100 dan hanya bertahan selama 2 atau 3 hari sahaja bekalan ubat tersebut.
Pihak PEKASIH Perlis akan cuba membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua keluarga tersebut.
No comments:
Post a Comment