PEKASIH Johor ziarah pesakit Parkinson dan Tumor Otak bersama Keadilan Kluang

SALAM RAMADHAN

Isnin, 10 Mei 2021

Alhamdulilah , hari ini PEKASIH Johor bersama2 Keadilan Cabang Kluang berkunjung ke rumah Sdr Sheikh Zainal Abidin di Taman Permata 1, Kluang dan Pak Cik Othman Md Nopiah di Kampung Bentong Dalam, Kluang.

Sdr Zainal, anaknya Adik Sheikh Hafiz Aiman yang berusia 15 tahun mengalami penyakit Tumor Otak, menurut Sdr Zainal, penyakit anaknya dikesan awal bulan 4 yang lepas dan sekarang menerima rawatan di Hospital Johor, sumbangan pampers dewasa dihulurkan bagi meringankan sedikit beban Sdr Zainal.

Pak Cik Othman pula yang berusia 64 tahun, mengalami penyakit Parkinson, tinggal bersama isteri dan anaknya, sumbangan tongkat kaki 4 dihulurkan bagi memudahkan pergerakkan Pak Cik Othman.

Hadir menyampaikan sumbangan, Sdr Jaafar bin Matek bersama Sdr Sharul Anuar dari PEKASIH Johor bersama2 Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan Sdr Johan Arif, Ketua Penerangan Keadilan Kluang.

Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy yang sudi menaja PEKASIH Johor dengan menyumbang pampers dan tongkat kaki 4, semoga amalan yang mulia ini berterusan selagi ada yang memerlukan.

MESRA - KASIH - PRIHATIN

Persatuan Kasih Prihatin Johor





 

No comments:

Post a Comment