Sdr Jaafar Bin Matek mengetuai PEKASIH JOHOR menyumbang 10 keluarga asnaf sempena Ramadhan

Ahad, 9 Mei 2021

Alhamdulilah, PEKASIH JOHOR mula menjalankan aktiviti menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan.

Sdr Jaafar Matek selaku Pengerusi PEKASIH JOHOR memohon sumbangan daripada Pasaraya Songmart untuk disumbangkan kepada 10 keluarga asnaf yang tinggal di Ladang Coronation berdekatan Bandar Kluang.

Alhamdulilah, hari ini Sdr Jaafar Matek, PEKASIH Johor bersama2 Pn Jyanti dari Keadilan Kluang menyampaikan sumbangan tersebut, turut terlibat Sdr Shahrul Anuar dan Sdr Imtiazalam dari PEKASIH Johor.

Terima kasih kepada Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Kluang yang menyumbang kuih raya.

PEKASIH JOHOR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

MESRA - KASIH - PRIHATIN















No comments:

Post a Comment