12/6/2021
Sabtu
Alhamdulillah hari ini pengerusi Pekasih Negeri Sembilan saudara Mohd Khairudin Hashim bersama saudara Husainul Jonet menyantuni 6 keluarga asnaf di sekitar Linggi Port Dickson.
1 dari 6 keluarga yang di santuni adalah berbangsa Tionghua. Suami isteri tersebut adalah warga emas yang bekerja sebagai pekebun. Beliau hanya bergantung harap pada hasil pendapatan berkebun saja bagi melangsungkan kehidupan sehari-harian.
Selain itu, Pekasih Negeri Sembilan juga terpanggil untuk mendengar sedikit luahan tentang sebuah keluarga Melayu yang mempunyai 3 orang anak yg menghidap pelbagai penyakit.
Salah seorang dari anak beliau baru sahaja selesai pembedahan di bahagian anggota kakinya.Keluarga ini hanya beroleh pendapatan dari hasil menoreh getah manakala isterinya hanyalah seorang surirumah sepenuh masa yang memikul tanggungjawab yang sangat besar, di mana beliau juga menjaga seorang anaknya yang menghidap penyakit autisme.
Insyallah PEKASIH NEGERI SEMBILAN akan terus membantu golongan asnaf dan golongan-galongan yang memerlukan
No comments:
Post a Comment