PEKASIH PERLIS bantu penduduk Bintong yg hilang pendapatan semasa PKP 3.0

 

13/6/2021
Ahad. 
 
PEKASIH Negeri Perlis menziarahi dan memberi sumbangan kepada penduduk di kawasan Bintong Perlis yang mengalami kesempitan hidup akibat terkesan dengan pandemik covid19 yang sedang melanda Negara ketika ini.

Di antara penduduk yang diziarahi oleh PEKASIH Negeri Perlis terdiri daripada mereka yang tidak lagi dapat keluar bekerja kerana pandemik ini dan mengalami kesukaran di dalam kehidupan serta hanya mengharapkan bantuan makanan daripada pihak berwajib.
 
Penduduk yang cacat/oku serta bekerja sebagai mekanik yang menjalankan kerjanya secara bergerak sebelum pandemik ini tetapi sekarang tidak dapat lagi keluar bekerja dan telah terputus bekalan makanan di rumah sehingga terpaksa menelefon dan meminta bantuan pihak PEKASIH Negeri Perlis memohon dihantar sedikit makanan.
 
Penduduk warga emas yang berusia melebihi 70 tahun dan tidak berdaya lagi untuk bekerja serta anak2 yang tinggal jauh tidak dapat balik melihat ibu bapanya juga dikunjungi oleh pihak PEKASIH Negeri Perlis untuk diberi sedikit bantuan bekalan makanan.
 
Penduduk yang mempunyai 7 orang anak yang tinggal bersama di dalam sebuah rumah juga dikunjungi oleh PEKASIH Negeri Perlis untuk diserah sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh bapanya yang hanya bekerja sebagai mekanik yang sekarang turut terjejas akibat daripada pandemik ini.
 
Penduduk yang menjaga kedua ibubapanya yang sakit akibat daripada penyakit darah tinggi, kencing manis dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda sahaja juga turut dikunjungi oleh PEKASIH Negeri Perlis untuk diserahkan sedikit bantuan bekalan makanan bagi meringankan beban tanggungannya.
 
PEKASIH Negeri Perlis sentiasa prihatin dengan keadaan pandemik covid19 yang sedang melanda Negara sekarang ini dan sentiasa cakna dengan kesempitan hidup golongan asnaf dan yang terjejas dengan pandemik serta keadaan PKP 3.0 pada waktu ini.
 
*MESRA-KASIH-PRIHATIN*
PEKASIH PERLIS
 
#kitajagajarak
#kitajagakita
#PekasihPerlisPrihatin








No comments:

Post a Comment